Hidup
ramai manusia yang masih keliru tentang hidup
siapa?, kenapa?, untuk apa?
hidup ini…

Manusia dari mula lahir hingga ke tua
masih tidak berjumpa dengan erti hidup
apa yang tahu hidup mesti gembira…
seronok.. bersuka ria..
itulah kata kata yang diagung agungkan
bila kesedihan menimpa…
mula rasa kecewa dengan hidup

Rasa tiada apa lagi untuk meneruskan hidup
kecewa dengan hidup
tidak bisa seronok lagi dengan hidup
lantas hidup disalahkan

Kadang kadang terbit juga sekelumit kesedaran
keinsafan pada diri
namun kebenaran yang hadir itu juga diragukan
katanya dia tidak bisa dengan cahaya kerana ia menyilaukan mata

Adakah sehingga kiamat menjelang
baru terkial kial memohon keampunan
baru tahu erti hidup
baru berjumpa dengan kesedaran

========================================
Pengirim : sharifah nur azira bt zal batul hamdi
========================================

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *