Jangan mendahului ketentuan.Anda perlu banyak bersabar dalam bercinta.Bila sampai masanya anda akan dihalalkan untuk membuktikan cinta,barulah anda membuktikannya itulah Cinta Sejati.
Jikalau anda bercinta sebelum berkahwin,layanilah sekadar saja.Yang penting ialah menikahi kekasih anda,itulah ertinya menerima cintanya,kerana nikah adalah ikatan cinta.
Andai kata anda bercinta sebelum berkahwin dan kekasih anda mahu merosakkan kehormatan anda,jauhilah dia dan jangan rasa kesal akibat kehilangannya.Mudah mudahan anda akan mendapat kekasih yang jauh lebih memahami Cinta Sejati dan tulus dalam cintanya terhadap anda.
Manifestasikan cinta anda hanyalah setelah bernikah.Berdoalah agar cinta itu diberkatiNya dan sentiasa mendapat rahmatNya. Pohonlah kepadaNya agar dikurniakan kepada anda nikmat Cinta Sejati yang tiada taranya.

========================================
Pengirim : Hotmian haro
========================================

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *