Teka teki

May 5, 2004

Suatu hari, Imam Al Ghazali berkumpul dengan
murid muridnya lalu beliau bertanya ( Teka Teki ) :

Imam Ghazali = ” Apakah yang paling dekat dengan diri kita didunia ini?”

Murid 1 = ” Orang tua ”

Murid 2 ” Guru

Murid 3 = ” Teman ”

Murid 4 = ” Kaum kerabat

Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi
yang paling dekat dengan kita ialah MATI. Sebab itu janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti
akan mati ( Surah Ali Imran :185).

Imam Ghazali = ” Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini?”

Murid 1 = ” Negeri Cina ”

Murid 2 = ” Bulan”

Murid 3 = ” Matahari ”

Murid 4 = ” Bintang bintang ”

Iman Ghazali = ” Semua jawaban itu benar. Tetapi
yang paling benar adalah MASA LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat kembali ke masa yang lalu.
Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari esok dan hari hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama”.

Iman Ghazali = ” Apa yang paling besar didunia ini ?”

Murid 1 = ” Gunung ”

Murid 2 ” Matahari ”

Murid 3 = ” Bumi ”

Imam Ghazali = ” Semua jawaban itu benar, tapi yang besar sekali adalah HAWA NAFSU (Surah Al Araf: 179). Maka kita harus hati hati dengan nafsu
kita,jangan sampai nafsu kita membawa ke neraka.”

Imam Ghazali = ” Apa yang paling berat didunia

Murid 1 = ” Baja”

Murid 2 = ” Besi”

Murid 3 = ” Gajah ”

Imam Ghazali” Semua itu benar, tapi yang paling berat adalah MEMEGANG AMANAH (Surah Al Azab : 72 ). Tumbuh tumbuhan,binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu ketika Allah SWT
meminta mereka menjadi khalifah(pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya berebut rebut menyanggupi permintaan Allah SWT
sehingga banyak manusia masuk ke neraka kerana gagal memegang
amanah.”

Imam Ghazali = ” Apa yang paling ringan di dunia ini ?”

Murid 1 = ” Kapas”

Murid 2 ” Angin ”

Murid 3 = ” Debu ”

Murid 4 = ” Daun daun”

Imam Ghazali = ” Semua jawaban kamu itu benar, tapi yang paling ringan sekali didunia ini adalah MENINGGALKAN SOLAT. Gara gara pekerjaan kita atau urusan dunia, kita tinggalkan solat ”

Imam Ghazali = ” Apa yang paling tajam sekali didunia ini”

Murid Murid dengan serentak menjawab “Pedang ”

Imam Ghazali = ” Itu benar, tapi yang paling tajam sekali didunia ini adalah LIDAH MANUSIA. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudahnya menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri ”

========================================
Pengirim : she poetri
========================================

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *