Minggu lalu saya berjumpa dengan seorang kawan lama yang terkenal dengan sikap peramah dan berbudi bahasa. Tetapi yang menghairankan saya bagaimana dia berpuas hati dengan kehidupannya sekarang ini. Dengan hanya berpendapatan RM 1050 sebulan untuk 2 jenis kerja yang terpaksa dilakukan dalam sehari, dia perlu menyara kedua orang tuanya, isteri dan 2 orang anaknya, seorang sepupu dan juga pelbagai jenis bil yang perlu dibayar setiap bulan.
Dia menceritakan kepada saya pengalamannya semasa berada di India yang telah menyedarkan dia untuk sentiasa bersyukur dengan nikmat yang diperolehi sekarang ini. Dia menyaksikan sendiri bagaimana seorang ibu yang berbangsa India telah memotong tangan anaknya sendiri dengan menggunakan parang. Anak kecil yang tidak berdosa itu meraung kesakitan dan ibu anak itu hanya memerhati kesakitan yang ditanggung oleh anaknya itu dengan linangan air mata.
Peristiwa ini menjadi igauan ngeri bagi kawan saya itu. Anda pasti tertanya tanya mengapakah ibu tersebut begitu zalim kepada anaknya? Adakah kerana tangan anaknya itu berpenyakit atau dia seorang budak yang nakal atau dia telah mencuri? Tidak Sebenarnya si ibu bertindak begitu semata mata untuk mendapat simpati masyarakat. Supaya anaknya dapat menjadi seorang pengemis untuk mencari sesuap nasi. Begitulah tingginya nilai harga sesuap nasi di sana sehingga ibu sanggup mengadaikan anak sendiri.
Terkejut dia dengan keadaan itu menyebabkan roti yang baru separuh dimakan terlepas lalu jatuh di atas pasir. Dalam sekelip mata, sekumpulan kanak kanak menyerbu ke arah roti yang penuhi pasir tersebut. Keadaan ini menambahkan sayu hatinya. Lalu dia pergi ke kedai berhampiran dan membeli kesemua roti yang terdapat di dalam kedai itu. Dia menghabiskan kira kira RM 100 untuk membelinya. Roti yang dibeli itu diberikan kepada kanak kanak tersebut. Ketika itulah dia terfikir betapa beruntungnya dia dapat menikmati apa jua makan yang diinginkan, memakai pakaian yang diminati dan bermacam lagi yang hanya menjadi igauan atau mimpi kepada kanak kanak tersebut.
Kini saya terfikir adakah saya bersyukur dengan apa yang saya perolehi sekarang ini? Bagaimana dengan anda. Adakah anda bersyukur dengan kehidupan anda sekarang? Sekiranya anda merasakan kehidupan anda perit ingatlah bahawa anda lebih beruntung daripada kanak kanak yang kehilangan tangan untuk mecari sesuap makanan untuk meneruskan sisa sisa hidupnya dan keluarganya.
Wahai ibubapa..
Berapa kalikah anda telah memeluk anak anda hari ini? Sayangilah mereka.
Maksud firman Allah: Dan (ingatlah) keika suatu umat diantara mereka berkata:
“Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau akan mengazab mereka dengan azab yang amat keras?”
mereka menjawab, “Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa.”(Al Araaf:164)
Catatan : Pergantungan hati kepada Allah adalah kunci utama kejayaan.
========================================
Pengirim : Conan
========================================