Dua pelajaran diperolehi daripada kisah Nabi Yusuf. Pertama, mengenai makna sepatah perkataan Arab di dalam al Quran. Perkataan itu ialah “rasul” yang lazimnya diguna untuk “Rasul Allah”, atau “Utusan Allah”.

Akan tetapi, pada
sebuah ayat dalam surah Yusuf perkataan itu digunakan oleh Allah untuk seorang utusan atau pembawa berita kepada seorang raja. Inilah ayatnya:
“Raja berkata, Datangkanlah dia (Yusuf) kepadaku. Apabila rasul (utusan) datang kepadanya, dia (Yusuf) berkata, Kembalilah kepada pemelihara (raja) kamu, dan tanyalah dia, Bagaimanakah dengan wanita wanita yang memotong tangan mereka? Sesungguhnya Pemeliharaku mengetahui muslihat mereka.” (Quran 12:50).

Maka perkataan rasul bukan sahaja diguna untuk Rasul Allah, malah ia boleh digunakan untuk orang yang tugasnya seperti utusan atau pembawa berita bagi orang lain.

Rasul di dalam ayat tadi adalah orang suruhan bagi seorang raja yang dihantar, atau diutus, untuk berjumpa dan membawa Nabi Yusuf dari penjara ke istana.

Begitulah sedikit kisah Nabi Yusuf yang menarik disebut di sini. Dengan itu, membawa kepada pelajaran kedua dalam kisah Nabi Yusuf dengan
adik beradik, ibu dan bapanya. Cerita cerita mereka merupakan suatu pelajaran juga, seperti kata Allah:
“Sesungguhnya dalam cerita cerita mereka adalah pelajaran bagi orang orang yang mempunyai minda” (12:111).

Kisah Nabi Yusuf tersurat dalam Surah ke 12 al Quran. Nama surah itu pun mengambil sempena nama Nabi Yusuf, iaitu Yusuf. Menurut suatu sumber, baginda dikatakan tinggal di sekitar tahun 1700 S.M, iaitu kira kira 3,700 tahun
dahulu. Atau, kurang lebih dua ribu tiga ratus tahun sebelum kemunculan Nabi Muhammad.

Kisah Nabi Yusuf adalah cerita yang paling baik dalam al Quran. Firman Nya: “Kami menceritakan kepada kamu cerita yang paling baik dalam apa yang Kami mewahyukan kamu, al Quran ini” (12:3).

Cerita bermula dengan mimpi Nabi Yusuf semasa dia kanak kanak. Mimpi itu diceritakannya kepada bapanya Yaakub, yang juga menjadi seorang Nabi.
“Apabila Yusuf berkata kepada bapanya, Ayah, saya melihat sebelas bintang, dan matahari, dan bulan; saya melihat mereka sujud kepada saya” (12:4).

Setelah mendengar cerita Yusuf, bapanya melarang mimpi itu daripada diceritakan
kepada saudara saudaranya. Dia juga memberi tahu Yusuf bahawa Tuhan telah memilihnya dan mengajarnya interpretasi mimpi.

Abang abangnya tidak suka padanya kerana mereka sangka Yusuf dan adiknya lebih dicintai oleh bapa mereka daripada mereka. Lalu mereka bercadang untuk membunuh atau membuang Yusuf ke tempat lain. Akan tetapi, “Seorang daripada mereka berkata, Tidak, janganlah membunuh Yusuf, tetapi lemparlah dia ke dasar perigi, dan sebahagian pengembara akan memungutnya, jika
kamu mahu melakukan” (12:10).

Setelah menetapkan rancangan itu mereka pergi kepada bapa mereka, meminta kebenarannya, supaya Yusuf dapat pergi bersama mereka untuk bersuka suka dan bermain main pada keesokan hari.

Pada mulanya bapa mereka keberatan untuk membenarkan Yusuf pergi bersama mereka, dengan berkata “Ia menyedihkan aku bahawa kamu pergi dengannya, dan aku takut akan serigala memakannya sedang kamu lalai daripadanya” (12:13).

“Maka apabila mereka pergi dengannya, dan mereka bersetuju untuk meletakkan dia
di dasar perigi, lalu Kami mewahyukannya, Kamu akan memberitahu mereka mengenai perbuatan mereka ini apabila mereka tidak menyedari” (12:15).

Mereka balik kepada bapa mereka pada waktu isyak, menangis dan berkata, “Ayah, kami pergi berlumba lari, dan meninggalkan Yusuf dengan barang barang kami, lalu serigala memakannya. Tetapi ayah tidak akan mempercayai kami, walaupun kami berkata benar.”

Dan, mereka menunjukkan baju Yusuf dengan darah palsu padanya. Bapanya berkata, “Tidak, tetapi jiwa kamu menghasut kamu untuk melakukan sesuatu perkara. Tetapi marilah, kesabaran yang manis Dan pertolongan Allah dipohonkan terhadap apa yang kamu menyifatkan.”

Tidak lama kemudian, pengembara pengembara datang ke perigi di mana Yusuf berada di dasarnya. Mereka mengutus seorang pengambil air lalu dia menurunkan timbanya. Tiba tiba dia berkata, “Oh, berita gembira Ini seorang anak lelaki muda.”

Mereka mengambil Yusuf dan merahsiakannya sebagai barang dagangan; dan Allah mengetahui apa yang mereka buat. Kemudian mereka menjual Yusuf dengan harga yang murah, hanya beberapa dirham sahaja, kerana mereka tidak enghargainya.
Orang yang membelinya, dari Mesir, berkata kepada isterinya, “Berilah dia tempat tinggal yang mulia, dan boleh jadi dia akan bermanfaat kepada kita, atau kita mengambil dia sebagai anak sendiri.”

Dengan itu, Tuhan meneguhkan Yusuf di bumi supaya Dia mengajarnya interpretasi mimpi.
Maka tinggallah Nabi Yusuf bersama orang Mesir yang membelinya sehingga dewasa. Dia menjadi seorang lelaki yang amat kacak. Kekacakan beliau membuatkan perempuan, yang di rumahnya dia tinggal, tergoda.

Perempuan itu menutup pintu pintu seraya berkata, “Marilah kepadaku ” Yusuf menjawab, “Pada Allah berlindung Sesungguhnya tuanku telah memberi aku tempat tinggal yang baik ”

Kalau tidak kerana pertolongan Allah, Nabi Yusuf turut tergoda pada perempuan itu. Kedua duanya lari ke pintu, dan perempuan tersebut mengoyakkan baju Yusuf dari belakang.

Mereka mendapati ketua mereka di depan pintu. Perempuan itu berkata, “Apakah balasan bagi orang yang menghendaki kejahatan terhadap keluarga kamu, melainkan bahawa dia dipenjarakan, atau satu azab yang pedih?”

Yusuf berkata, “Dia yang menggoda saya”. Lalu seorang daripada ahli keluarga itu memberi suatu penjelasan, “Jika bajunya dikoyakkan di bahagian depan, maka perempuan itu telah berkata benar, dan Yusuf berdusta, tetapi jika bajunya dikoyakkan di bahagian belakang, maka perempuan itulah yang berdusta, dan Yusuf orang yang benar.”

Apabila ketua mereka melihat bajunya dikoyakkan dari belakang, dia berkata, “Ini muslihat perempuan daripada kamu; sesungguhnya muslihat kamu besar. Yusuf, berpalinglah daripada ini, dan kamu, perempuan, mintalah ampun atas kesalahan kamu; sesungguhnya kamu bersalah.”

Kejadian itu sampai ke telinga wanita wanita tertentu di kota. Mereka berbisik, “Isteri Gabenor menggoda pemudanya yang menundukkan hatinya dengan cinta ”

Setelah isteri Gabenor mendengar bisikan bisikan licik mereka, dia mengutus kepada mereka, dan menyediakan bagi mereka tempat tempat bersandar, kemudian dia memberikan tiap tiap seorang daripada mereka sebilah pisau.

Kemudian, dia menyuruh Yusuf pergi kepada perempuan perempuan tersebut. Apabila mereka melihatnya, mereka sangat kagum padanya, lalu mereka memotong tangan tangan mereka, dengan berkata, “Dijauhkan Allah Bukanlah ini manusia;
dia tidak lain, hanyalah seorang malaikat yang mulia.”

Lalu isteri Gabenor berkata, “Inilah dia orangnya yang kamu mencela aku dengannya. Benar, aku telah menggoda dia, tetapi dia menolak. Dan, jika dia tidak membuat apa yang aku memerintahkannya, dia akan dipenjarakan.”

Yusuf berkata, “Pemeliharaku, penjara lebih aku menyukai untukku daripada apa yang mereka menyeru aku kepadanya, dan jika Engkau tidak memalingkan muslihat mereka daripada aku, tentu aku akan berkeinginan benar pada mereka,
dan aku menjadi orang yang bodoh.”

Pemeliharanya pula menyahutinya, dan Dia memalingkan daripadanya muslihat perempuan perempuan itu; sesungguhnya Dialah Yang Mendengar, Yang Mengetahui.

Maka Yusuf dimasukkan ke dalam penjara. Bersama dia adalah dua orang pemuda. Seorang daripada mereka berkata, “Aku bermimpi bahawa aku memerah anggur.”

Berkata yang lain, “Aku bermimpi bahawa aku membawa roti di atas kepalaku dan burung burung makan sebahagiannya. Beritahulah kami interpretasinya. Kami melihat bahawa kamu adalah orang yang berbuat baik.”

Yusuf berkata, “Wahai rakan rakanku yang sepenjara, bagi seorang daripada kamu, dia akan menuangkan minuman arak untuk tuannya; bagi yang satu lagi, dia akan disalib, dan burung akan makan sebahagian daripada kepalanya.”

Kemudian dia berkata kepada orang yang dia menyangka akan diselamatkan antara keduanya, “Sebutlah aku kepada tuan kamu.”

Akan tetapi, syaitan menjadikan dia lupa untuk menyebutnya, supaya dia tetap di dalam penjara selama beberapa tahun. Suatu hari, raja berkata, “Aku melihat dalam mimpi tujuh ekor lembu yang gemuk, dan tujuh yang kurus memakan mereka; dan tujuh tangkai bijirin yang hijau, dan tujuh yang lain kering. Wahai pembesar pembesarku, putuskanlah kepadaku mimpiku.”

Tiada seorang pun antara mereka yang tahu. Kemudian pemuda yang telah diselamatkan dahulu berkata, setelah teringat, “Aku sendiri akan memberitahu kamu interpretasinya, maka utuslah aku.”

“Wahai Yusuf orang yang benar, putuskanlah kepada kami mengenai tujuh ekor lembu yang gemuk, yang tujuh yang kurus memakan, dan tujuh tangkai bijirin yang hijau, dan tujuh yang lain kering, supaya aku kembali kepada mereka agar mereka mengetahui.”

Yusuf berkata, “Kamu menyemai tujuh tahun seperti biasa; apa yang kamu tuai, tinggalkanlah ia pada tangkainya, kecuali sedikit daripadanya kamu makan. Kemudian sesudah itu, akan datang kepada kamu tujuh tahun yang keras yang
memakan apa yang kamu menyediakan bagi mereka, semua, kecuali sedikit yang kamu
simpan. Selepas itu, akan datang satu tahun yang manusia diberi pertolongan hujan, dan padanya mereka memerah.”

Raja berkata setelah mendengar interpretasi mimpi oleh Yusuf yang dibawa oleh utusannya, “Datangkanlah dia kepadaku.” Apabila utusan itu tiba, Yusuf berkata, “Kembalilah kepada tuan kamu, dan tanyalah dia, mengenai wanita wanita yang memotong tangan mereka?”

Raja bertanya, “Apakah urusan kamu, perempuan perempuan, apabila kamu menggoda Yusuf?”

Mereka menjawab, “Dijauhkan Allah Kami tidak mengetahui kejahatan padanya.”

Isteri Gabenor berkata, “Sekarang yang benar akhirnya menjadi nyata. Sayalah yang menggodanya.” Raja berkata, “Datangkanlah dia kepadaku. Aku akan mendekatkannya dengan
diriku.” Setelah Yusuf berada dengannya, dia berkata kepada Yusuf, “Pada hari ini, kamu berkedudukan teguh dalam sokongan kami, dan dalam kepercayaan kami.”

Yusuf berkata, “Lantiklah saya kepada perbendaharaan bumi ini; saya adalah
penjaga yang alim (berpengetahuan).”

“Maka Kami meneguhkan Yusuf di bumi untuk dia menetap di mana sahaja dia kehendaki, dan Kami tidak mensia siakan upah orang orang yang berbuat baik” (12:56).

Suatu hari, saudara saudara Yusuf datang lalu masuk kepadanya. Dia kenal akan mereka, tetapi mereka tidak mengenalinya. Mereka datang untuk meminta pertolongan makanan.

Setelah Yusuf menyiapkan bekal untuk mereka, dia berkata, “Datangkanlah kepadaku saudara kamu yang tertentu daripada bapa kamu. Tidakkah kamu melihat aku menepati sukatan, dan aku yang terbaik daripada penerima penerima tamu?

Tetapi jika kamu tidak mendatangkan dia kepadaku, maka tidak akan ada sukatan
bagi kamu denganku, dan tidak juga kamu dapat mendekatiku.”

Mereka menjawab, “Kami akan memujuk bapa kami; itu kami akan buat.” Lalu Yusuf menyuruh budak budak suruhannya meletakkan balik barang barang mereka (yang dibawa untuk mengganti bekalan makanan daripada Yusuf) ke dalam
pundi pundi mereka supaya mereka mengenalinya apabila mereka balik kepada keluarga mereka.

Apabila mereka kembali kepada bapa mereka, mereka berkata, “Ayah, sukatan itu akan dinafikan kepada kami, maka utuslah bersama kami saudara kami supaya kami mendapatkan sukatan itu. Sesungguhnya kami akan menjaganya.”

Bapa mereka berkata, “Adakah aku akan mempercayai kamu kepadanya seperti aku
mempercayai kamu kepada saudaranya dahulu?”
Dan, apabila mereka membuka barang barang mereka, mereka mendapati barang barang mereka dikembalikan kepada mereka.

Mereka berkata, “Ayah, apakah yang kita menginginkan lagi? Barang barang kita dikembalikan kepada kita, dan kita mendapat bekalan makanan untuk keluarga kita, dan kita akan menjaga saudara kita; kita akan mendapat tambahan beban seekor unta. Itulah sukatan
yang mudah.”

“Aku tidak akan mengutusnya bersama kamu sehingga kamu memberi aku satu janji
yang teguh dengan Allah, bahawa kamu pasti akan mendatangkannya kembali kepadaku, kecuali kamu diliputi.” Apabila mereka telah memberikannya janji mereka, dia berkata, “Allah menjadi Wakil atas apa yang kami ucapkan.”

Maka apabila mereka masuk kepada Yusuf sekali lagi, dia mengambil saudaranya kepadanya, seraya berkata, “Aku saudara kamu; maka janganlah kamu berdukacita terhadap apa yang mereka buat.”

Kemudian, apabila Yusuf menyiapkan persiapan untuk mereka, dia meletakkan gelas minumannya ke dalam pundi saudara yang diambilnya.

Sedang mereka mula bertolak untuk kembali kepada keluarga mereka, datang pula orang yang menyeru, “Hai kafilah, kamu adalah pencuri ”

Mereka bertanya sambil mendekati orang yang menyeru, “Apa yang kamu hilang?” “Kami kehilangan gelas berkaki kepunyaan raja. Sesiapa mendatangkannya akan mendapat beban seekor unta; itu aku jamin.”

Mereka berkata, “Demi Allah, kamu mengetahui bahawa kami tidak datang untuk membuat kerosakan di bumi. Kami bukanlah pencuri.”

“Apakah balasannya jika kamu adalah pendusta?”
“Balasannya dalam pundi sesiapa ia didapati, maka dialah balasannya. Begitulah kami membalas orang orang yang zalim.”

“Maka dia (Yusuf) memulakan dengan karung karung mereka sebelum karung saudaranya, kemudian dia mengeluarkannya daripada karung saudaranya. Begitulah Kami membuat muslihat untuk Yusuf; dia tidak boleh mengambil saudaranya, menurut agama (pengadilan) raja, kecuali apa yang Allah menghendaki.

Mereka berkata, “Jika dia seorang pencuri, seorang saudaranya adalah seorang pencuri dahulu.” Tetapi Yusuf merahsiakannya di dalam dirinya, dan tidak
menampakkannya kepada mereka, dengan berkata, “Kedudukan kamu lebih buruk;
Allah sangat mengetahui apa yang kamu menyifatkan.”

Mereka berkata, “Wahai al aziz (yang perkasa), dia mempunyai bapa yang sangat tua; maka ambillah salah seorang antara kami untuk mengganti tempatnya; kami melihat bahawa kamu adalah antara orang orang yang berbuat baik.”

Berkata, “Allah menegah bahawa kami patut mengambil sesiapa sahaja kecuali orang yang kami mendapati barang kami padanya, kerana jika kami berbuat demikian, tentulah kami menjadi orang orang yang zalim” (12:76 79).

Apabila mereka kembali kepada bapa mereka dan menceritakan hal saudaranya yang mencuri dan ditahan di Mesir kedukaan bapanya bertambah,
“Dan dia berpaling daripada mereka, dan berkata, Aduhai, dukacitaku untuk Yusuf Dan kedua dua matanya menjadi putih kerana kesedihan yang mencekiknya di dalam dirinya” (12:84).

Kemudian dia berkata, “Wahai anak anakku, pergilah dan carilah berita mengenai Yusuf dan saudaranya. Janganlah berputus asa daripada kesenangan Allah; daripada kesenangan Allah, tiada yang berputus asa melainkan kaum yang tidak percaya (kafir).”

Lalu mereka pergi kepada Yusuf dan berkata, “Wahai al aziz, penderitaan telah
menyentuh kami dan keluarga kami. Kami datang dengan barang barang yang tidak berharga. Tepatilah kepada kami sukatan, dan bersedekahlah kepada kami; sesungguhnya Allah membalas orang orang yang bersedekah.”

Yusuf bertanya, “Adakah kamu mengetahui apa yang kamu melakukan terhadap Yusuf dan saudaranya, ketika kamu orang orang yang bodoh?”

Mereka menjawab, “Mengapa, adakah kamu benar benar Yusuf?” Dia berkata, “Aku Yusuf. Ini saudaraku. Sungguh, Allah telah berbudi baik
kepada kami. Sesiapa bertakwa dan bersabar, maka sesungguhnya Allah tidak mensia siakan upah orang orang yang berbuat baik.”

Mereka berkata, “Demi Allah, sesungguhnya Allah lebih menyukai kamu daripada kami, dan sesungguhnya kami bersalah.”

Yusuf berkata, “Tidak ada celaan pada hari ini kepada kamu; Allah mengampuni kamu; Dia yang paling berpengasihan daripada yang berpengasihan. Pergilah, ambil baju ini, dan kamu lemparlah ia kepada muka ayahku, dan dia akan
memperoleh kembali penglihatannya; kemudian datangkanlah kepadaku keluarga kamu
kesemuanya.”

Maka, apabila kafilah telah berangkat, bapa mereka berkata, “Sesungguhnya aku
mendapati bau Yusuf, melainkan kamu menuduh aku nyanyuk.”

Mereka berkata, “Demi Allah, sungguh kamu adalah dalam kesesatan kamu yang dahulu.”
Tetapi apabila pembawa berita gembira datang kepadanya dan melemparkan baju Yusuf ke mukanya, tiba tiba dia kembali dapat melihat. Dia berkata, “Tidakkah aku mengatakan kepada kamu bahawa aku mengetahui daripada Allah apa yang kamu tidak tahu?”

Mereka berkata, “Ayah kami, mintalah ampun untuk kami atas kesalahan kesalahan kami; sesungguhnya kami bersalah.”

“Sungguh, aku akan meminta Pemeliharaku untuk mengampuni kamu; sesungguhnya
Dialah Yang Pengampun, Yang Pengasih.”
Kemudian mereka berangkat ke Mesir untuk menemui Yusuf.

“Maka, apabila mereka masuk kepada Yusuf, dia mengambil ibu dan bapanya kepadanya, dengan berkata, Masuklah kamu ke Mesir, jika Allah mengkehendaki, dalam keadaan aman.

Dan dia menaikkan ibu dan bapanya ke atas singgahsana; dan yang lain, jatuh bersujud kepadanya. Berkata, Ayah, inilah interpretasi mimpi saya yang dahulu; Pemelihara saya telah membuatnya benar. Dia telah berbudi baik kepada saya apabila Dia mengeluarkan saya dari penjara, dan Dia mendatangkan kamu dari gurun setelah syaitan menyelisihkan antara saya dan saudara saya. Pemelihara saya halus terhadap apa yang Dia mengkehendaki; sesungguhnya Dialah Yang
Mengetahui, Yang Bijaksana.

Wahai Pemeliharaku, Engkau telah memberikan aku untuk memerintah, dan Engkau
telah mengajar aku interpretasi mimpi. Wahai Pemula langit dan bumi, Engkau
Waliku (Pelindungku) di dunia dan akhirat. Matikanlah aku dalam kemusliman, dan
satukanlah aku dengan orang orang yang salih” (12:99 101).

Apakah pelajaran atau pelajaran pelajaran yang anda perolehi daripada kisah Nabi Yusuf dengan saudara saudaranya?

========================================
Pengirim : Conan
========================================

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *