Ikhlas adalah paling tinggi selepas iman. Ia adalah rahsia Tuhan hinggakan
para malaikat pun tidak tahu dan yang empunya diri pun tidak dapat mengesannya.
Ia adalah penentu samada amalan diterima atau ditolak.
Ada para sahabat apabila mendengar tentang ikhlas menangis mereka. Mereka merasa
tidak selamat, rasanya tidak mungkin dapat perolehinya yang begitu tinggi
nilainya kerana susahnya mendapat sifat ikhlas.
Islam tidak membenarkan seseorang mengaku ikhlas. Siapa yang mengaku ikhlas
walaudpun sebelum ini ikhlas, otomatik, ikhlasnya terbatal. Contoh contoh
bagaimana yang dikatakan mengaku ikhlas:
Membantu seseorang sambil berkata,”Ambillah, saya ikhlas…”
Menolong seseorang tapi pertolongannya ditolak. “Saya tolong awak ini ikhlas,
tapi sedih, awak menolak..”
Dalam menulis surat kita selalu mengakhiri dengan tandatangan, “Yang ikhlas”
“Yang Benar.”
Dalam Islam, mengaku baik adalah salah. Siapa yang mengaku ikhlas, siang siang
laig terbatal. Tiada siapa yang mengetahui siapa yang ikhlas sekalipun yang
empunya diri. Tiada siapa yang berhak mengaku ikhlas, Cuma berusaha moga moga
jadi ikhlas dan moga moga diterima Allah.
ERTI IKHLAS
Murni, bersih, jenis dia sahaja, tidak bercampur jenis jenis yang lain. Tidak
dinodai seperti air yang tidak bercampur dengan sabun, tepung, sebab apabila
sudah bercampur dengan benda lain, sudah tidak khalis lagi (tidak pure).
Begitulah dalam beramal, solat, zakat, baca Quran,mengajar, berdakwah, menolong,
motivasi, forum, ceramah, belajar, semata mata kerana Allah:1. kerana
suruhanNya2. kerana keredhoaanNya3. kerana arahanNya4. kerana mentaatiNya5.
kerana patuh padaNya
Jadi perkara di atas adalah dari sebab atau kerananya yang satu, tujuan satu ,
dan didorong oleh yang satu iaitu ALLAH. Abdikan diri kerana Allah, tidak
dicampur atau bercampur selain Allah itulah ikhlas dorongannya satu. Apa
yang nak berlaku atau nak jadi atau tidak jadi, tidak timbul sama sekali sebab
niat semata mata kerana Allah.
Sekiranya niat, dorongannya telah tercampur atau terselit niat niat yang lain
dari Allah seperti kerana riak, megah, glamor, pangkat, orang minta, takut orang
tidak suka, mental exercise, boring tinggal di rumah, undi, uji kemampuan,
hendak berlawan, hendakkan piala, hadiah, kerana kawan maka ia tidak khalis
atau ikhlas telah ternoda. Dengan itu boleh jatuh syirik khafi. Di akhirat nanti
Allah menyuruh dia meminta pada orang yang dia niat kerananya. Allah tidak balas
kebaikan itu kerana ia mempunyai “kerana kerana” yang selain dari “kerana
Allah”.
Untuk ikhlas, sebenarnya amat susah sekali terutama yang ada kaitan kepentingan
umum atau orang ramai yakni yang terdedah kepada pandangan umum seperti:
berdakwah, mengajar, gotong royong, baca Al Quran di depan orang, forum, upacara
memberi hadiah lebih lebih lagi orang yang tidak memikirkan hati lalu hati
dibiar dan terbiar. Jarang diambil kira, selalunya ramai yang terjebak.
Khususul Nafs kepentingan diri seperti ingin popular, disedari atau tidak
kerana kurang menyuluh hati. Awal awal lagi nawaitu (niat) telah rosak seperti
membuat rumah di atas lumpur.
Ada tiga jenis kerosakan yang berlaku pada 3 jenis kedudukan:1. awal2.
pertengahan3. akhir
Kerosakan awalContohnya seperti berdakwah. Sebelum memberi ceramah, hati
kecilnya berkata,”Inilah masanya nak jadi popular.” “Aku akan jadi terkenal…”
“Dengan ceramah ini dapatlah duit poket.” Ada juga yang berniat untuk menghentam
seseorang atau golongan tertentu sebelum berceramah, akibatnya rosaklah
ikhlasnya ibarat orang yang melukis di atas air.
Kerosakan pertengahanNiat untuk berceramah sudah baik tetapi sewaktu berceramah,
ada pendengar yang angguk angguk atau ada yang menangis kerana mendengar ceramah
yang memberi kesan itu hingga hati kecil kita berkata,”Hebat juga aku hingga ada
orang boleh terima ceramah ini dan ada pula yang menangis.”
Kerosakan akhirNiat dan sewaktu berceramah tidak ada apa apa yang rosak,
berjalan dengan baik tetapi sewaktu balik dari berceramah ada kawan yang datang
bersama di dalam kereta berkata,”Hebat betul ceramah ustaz tadi hingga ada yang
menangis.” Waktu itu maka datanglah rasa ujub hingga lupa ia semua itu datang
dari Allah jua. Sepatutnya ia merasa malu kerana ini semua bukan dari dirinya
tetapi hakikatnya dari Allah. Orang begitu ibarat membangunkan rumah tiba tiba
siap sahaja rumah itu terus runtuh.
Orang ramai tidak juga berubah sebab hati sudah cacat. Orang ramai memuji kita,
tetapi tetap tidak berubah sebab dari rasa riak. Sifat taqwa sudah ternafi. Oleh
itu buatlah kerja kerja dengan penuh tawadhu, takut dan cemas samada diterima
amalan kita atau ditolak. “Sesungguhnya Allah tidak melihat amalan lahir kamu,
tapi amalan hati kamu.”
Apabila kita melakukan sesuatu niat kerana Allah semata mata, tetapi ada orang
mengkritik kita, kita melenting, hati tidak senang dengan orang itu, bermakna
kita masih mempunyai niat lain selain dari Allah.Dalam menghadapi keadaan dimana
susahnya untuk mendapat ikhlas ini, kita berdoalah pada Allah dengan doa yang
berikut:
Wahai Tuhan, rasanya kami belum berbuat apa apa sebelum ini. Kalaupun ada
berbuat sudah tentu ada kepentingan diri. Kalaulah bukan pimpinan dan bantuan Mu
Tuhan, rasanya sebarang amalan kami mungkin tertolak semuanya. Berilah selalu
hidayah dan taufiq Mu, ya Allah agar segala lahir dan batin menuju keredhoaan
Mu, ya Allah….
========================================
Pengirim : muhtadi
========================================