Untuk membangunkan satu kehidupan agar selamat didunia dan akhirat, agar
masyarakat makmur dapat pula keampunan Tuhan, kemajuan dan tamaddun tercapai,
akhlak yang mulia juga wujud dan jadi budaya didalam kehidupan, ia bak bunga
yang kembang di taman yang indah yang sangat menarik pandangan dan tempat
jatuhnya hati manusia, kekayaan dan makan minum mewah, budi juga mewah dan
terserlah, kemudahan kemudahan hidup cukup, tapi disiplin dan tatasusila manusia
juga tinggi, tamaddun tinggi tapi manusia merendah diri… maka Roh atau Hati
manusia atau Jiwa manusia hendaklah dibangunkan. Dari pembangunan jiwa lahir
tamadun kerohanian atau akhlak yang mulia atau terbangun insaniah yang dikatakan
oleh kita selalu, jati diri.
Roh adalah raja didalam diri, akal penasihat, nafsu adalah musuhnya, anggota
lahir(jawarih) adalah rakyat didalam diri…kalau raja di dalam diri baik,
seluruh anggota (rakyat didalam diri) menjadi baik. Manusia itu mengikut agama
pemerintahnya” ertinya bagaimana sikap pemerintah begitulah sikap rakyatnya.
Begitulah pemerintah didalam diri (hati/roh). Bagaimana keadaannya begitulah
anggota lahirnya sebagai rakyat didalam diri. Kalau hati baik, maka baiklah
anggota lahir manusia.
Kalau hati jahat, maka jahatlah seluruh anggota lahir manusia itu. Hadis Nabi
ada menyebut” Sesungguhnya didalam diri manusia ada seketul daging. Apabila dia
baik, baiklah seluruh badan, apabila dia rosak, rosaklah seluruh badan. Ketahui
olehmu dia itu ialah hati”
Dengan itu hati(roh) WAJIB dibangunkan dengan cara dididik dan diasuh, kerana
dari pembangunan jiwa lahir kebudayaan dan tamadun kerohanian dan akhlak yang
mulia yang sangat penting. Roh tempat pandangan Allah dan tempat jatuh hati
manusia dan kerana itulah para para Rasul dan para para Nabi
alaihimussolatuwassalam diutus oleh Allah kerana pembangunan insaniah itulah.
Mereka tidak diutus kerana pembangunan material dan fizikal, kerana pembangunan
material tanpa Rasul dan nabi, manusia boleh membangunkannya…itu memang telah
dibuktikan oleh sejarah, tengok bangsa Rom, Yunani, Parsi, bangsa bangsa yang
disebut didalam AlQuran spt kaum Aad, kaum Tsamud, kaum Saba, bangsa Babylon;
mereka membangun dan menegak tamadun tanpa orang orang kerohanian bahkan mereka
menolak para Rasul dan menentangnya. Lantaran itulah Rasulullah SAW pernah
bersabda:
“Sesungguhnya aku diutuskan kerana menyempurnakan akhlak yang mulia”.
“Sebaik baik manusia ialah mereka yang paling baik akhlaknya”. Perlu dingatkan
bahawa membangunkan insaniah untuk melahirkan akhlak yang mulia pada seorang
manusia, tidak semudah yang kita sangka. Betapalah satu keluarga, sebuah
sekolah, satu kampung, satu mukim, sebuah daerah, satu negeri lebih lebih lagi
satu negara. Membangunkan material seperti membangun sebuah bangunan 100 tingkat
mungkin lebih mudah daripada membangunkan insaniah seorang manusia. Buat
bangunan 100 tingkat, mungkin 3 tahun dah selesai tetapi untuk seorang manusia
kita ambil masa 30 tahun pun belum tentu berjaya. Sebab itulah Allah datangkan
orang orangNya iaitu para para Nabi dan para para Rasul SAW untuk pembangunan
insan
Apabila disebut akhlak, akhlak yang utama dibahagi kepada dua:
Akhlak kepada Allah Akhlak kepada manusia
Akhlak kpd Allah diantaranya yg paling besar selepas beriman kpd Nya ialah
menyembah Nya (sembahyang),ikhlas, rasa bertuhan ertinya hati sentiasa merasa di
mana kita berada, Allah sentiasa mengawasi, melihat dan mendengar terhadap kita,
rasa malu, rasa takut, rasa kasih, sabar, redha, tawakal, khusyuk dan khuduk.
Akhlak kpd manusia diantaranya, kasih sayang, pemurah, mesra, adil, amanah,
menunai janji, bercakap benar, merendah diri, bertolak ansur, ziarah menziarahi,
berlemah lembut, bertolong bantu, baik sangka.
Selain itu ada lagi akhlak dengan haiwan dan jamadat seperti pokok, batu dll.
Kita tidak boleh menyiksa binatang sesuka hati… kalau kita memeliharanya
seperti kambing, disediakan kandangnya, makan minumnya, sakit diubati, jika
disembelih gunakan pisau yang tajam. Begitu juga dengan jamadat spt pokok, kita
tidak boleh menebang pokok sesuka hati, mesti ada maksud dan tujuan yang memberi
menafaat.
Begitu sekali luas akhlak dalam ajaran Islam dan begitu indah sekali akhlak yang
dianjurkan oleh agama akhir zaman ini. Ia bersifat sejagat(global), ia disukai
oleh semua manusia sekalipun orang bukan Islam. Justeru itu kalau umat Islam
kembali berakhlak seperti zaman 3 kurun selepas Rasulullah SAW, umat Islam akan
dihormati semula oleh dunia kerana akhlak yang mulia terlalu sedikit orang hasad
dengki. Kerana akhlak bersifat sejagat laksana bunga yang indah, tidak ada orang
yang tidak suka atau tertarik.

========================================
Pengirim : muhtadi
========================================

By admin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *