Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan
yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk.
Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail bertungkus kumus untuk menjayakan
pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung.
Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata
Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di
Kaabah.
Nabi Ibrahim berkata Nabi Ismail berkata, “Pergilah engkau mencari sebuah batu
yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia.”
Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari
batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah
bukit, tiba tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik.
Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi
Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau
menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, “Dari mana kamu
dapat batu ini?”
Nabi Ismail berkata, “Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku
dan cucumu (Jibril).”
Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s. Sehingga
sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang orang yang pergi ke Baitullah. Siapa
sahaja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu
kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium
cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan sahaja.
Ada riwayat menyatakan bahawa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi
akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam
seperti terdapat sekarang. Wallahu aalam.
Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah olah mencium
ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara saudaraku, Hajar
Aswad itu merupakan tempat diperkenan doa. Bagi yang ada kelapangan, berdoalah
di sana, Insya Allah doanya akan dikabulkan oleh Allah. Jagalah hati kita
sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyengutukan Allah, sebab tipu daya
syaitan kuat di Tanah Suci Mekah.
Ingatlah kata kata Khalifah Umar bin Al Khattab apabila beliau mencium batu itu
(Hajar Aswad) : “Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan
aku tidak melihat Rasulullah S.A.W menciummu, sudah tentu aku tidak akan
melakukan (mencium Hajar Aswad).”
========================================
Pengirim : Conan
========================================